KUCHING, SARAWAK

Code: LMJUYH
Category:

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGIKUT SETIA AL-FATEH WORLDWIDE TRAVEL & TOURS!

Tahukah anda bahwa Kuching merupakan Ibu Negeri & bandaraya terbesar Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Bandar ini terletak di Sungai Sarawak di hujung barat daya negeri Sarawak di Pulau Borneo. Dalam sejarah, Kuching ialah pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun 1827 pada masa pemerintahan empayar Brunei. Bandar ini terus mendapat perhatian & pembangunan selama pemerintahan Charles Brooke seperti pembangunan sistem sanitasi, hospital, penjara, Fort Margherita & baazar. Kini, Kuching mempunyai pelbagai keunikan. Kuching menjadi kota yang merupakan daya tarikan utama bagi pelancong & merupakan pintu gerbang utama bagi pelancong yang mengujungi Sarawak & Kalimantan. Taman Negara Tanah Lembap Kuching terletak sekitar 30 kilometer dari bandar & terdapat banyak tarikan lainnya di dalam & sekitar Kuching seperti Taman Negara Bako, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF), Dewan Undangan Negeri Sarawak, Astana Fort Margherita, Muzium Kuching, serta Muzium Sarawak.

BERITA BAIK! Al-Fateh Worldwide Travel & Tours ada menyediakan pakej 4 hari 3 malam ke Kuching, Sarawak. Jom tempah tiket lawatan bersama kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kuching, Sarawak!

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “KUCHING, SARAWAK”

Your email address will not be published.